14 November 2014
12 Tengah hari
Mak :"K.Eda, ayah kena tahan wad ni"
Aku : "Lorr pasai pa?"
Mak : "Penat ngan kaki ayah bengkak xmau surut"
Aku : " Xpa nnti apa2 mak habaq tau"
6 Petang
Mak : " Ayah kena masuk ICU, ni mak nk tolak ayah p CCU ni"
Aku : " Hah? teruk ka mak?"
Mak :" Doktor suspek jantung bengkak"
15 November 2014
11 pagi
Adik jen : " Ayah kritikal , lekaih la balik, takut hampa xdan jumpa ayah"
7.40 mlm
Kami sampai di CCU, Hosp.Kulim.. Aku & ana masuk dlu..ayah dah xsedarkan diri..terbaring atas katil dengan wayar penuh di mulut dan badan, dgn bernafas kuat mengikut alunan mesin jantung..mak sebak, terus menangis bila tgok kami..aku genggam tgn ayah, masih suam.. dah xdak panggilan k.da!k.na!adik nurul! dah tiada senyuman sengih smpai ke telinga..kami pegang kaki ayah, sejuk,... sedihnya tgok keadaan ayah..aku jdi kaku, xtau nk fikir apa, sepanjang perjalanan dri Shah Alam cuma pohon pd Allah agar diberikan kesembuhan pd ayah, sihat sptsediakala..mohon ayah panjang umur, langsung belum bersedia untuk kehilangan ayah..baca alfatihah n yasin sepanjang jalan demi memohon agar ayah stabil, ayah ok..
Habis waktu melawat, mak ajak balik..mungkin penat, nk solat sbb dah seharian di hospital tunggu ayah..kami xfikir apa msa tu..cuma fikir ayah akan ok..ayah mesti ok..terus kami anak beranak balik, tinggal abg ipar tgu ayah sekejap
9.00 mlm
Abg : "mak, ayah tenat mak"
Mak teriak "cepatla jom kita p tgok ayah lekaih"
9.30 mlm
Sekujur tubuh kaku di atas katil dlm CCU, tiada lgi penderitaan buat ayah..
Insan yg memberiku makan minum dan pakai,
insan yg memberiku tempat perlindungan yang sempurna,
insan yg menjagaku sebaik mungkin,
insan yg sepanjang hidupnya hanya dikorban untuk anak2 dan isteri,
insan yg memberiku pelajaran sampai aku berada di tahap sekarang ni,
insan yg sentiasa berpesan demi keselamatanku,
insan yg tak pernah dahulukan keperluan diri sendri demi ank isteri,
insan yg seumur hidupnya menjaga, menjaga dan menjaga kami adik beradik,
insan yang bersusahpayah membesarkanku,
insan yg xpernah lupakan anak2 nya,
insan yg xpernah berseronok untuk diri sendiri,
insan yg sanggup bersusahpayah untuk ank isteri walaupun penat,
insan yg hanya memikirkan kami ank2,
insan yg sentiasa mengingatkanku utk solat,
insan yg masak untuk kami,
insan yg basuh baju kami,
insan yg jga n beri sepenuh kasihsyg bukan saja pada kami dan mak tp jugak pd anak2 kami, pada menantu2 dia..
dia AYAH terbaik bagi anak2, SUAMI terbaik bagi mak..
ayah syg mak dan syg kami semua lebih dri segala2nya..ayah sacrifice semuanya hanya untuk kami..
Siapa kita nk melawan takdir Allah, insan yang terkujur kaku itulah ayah yg telah dijemput Allah sang penciptanya..pulang ke rahmatullah, pulang kpdNya..ank2 xtahu ayah sakit jantung, anak2 xtahu ayah ada community acquired pneumonia, anak2 x sempat masa ayah habis umur...ayah pergi dgn tenang seorg diri..ayah xnk susahkan anak2, ayah xnk anak2 sedih melihat ayah menghadapi sakaratulmaut..ayah dah tinggalkan kami pd jam 9.15mlm..nurse CCU pun xsedar bila ayah pergi, cuma bunyi dri mesin ja yg menunjukkan tiada life lagi..innalilahiwainnailaihirajioun..terima kasih Allah, Kau beri kesempatan untuk ayah tunggu kami dalam keadaan masih bernyawa walaupun sekejap..terima kasih Allah, Kau tamatkan penderitaan ayah..Kau kurangkan seksa ayah..sedihnya hilang Ayah tidak tergambar, mmg sampai ke hari ni masih tak dpat terima yg Ayah sebenarnya dah tiada..rsa mcm ayah ada ja di kg..rsa mcm terbyg ayah bgn pagi goreng nasi, ayah p bt kerja kat belakang umah, ayah dok tido, ayah dok kat kerusi feberet dia sambil gigit kuku, ayah dok buat umah even ayah dok naik motor pegi sana sini..aku ank yg duduk jauh pun begini terasanya , mak yg hilang psangan sehidup sematinya tu apa ntah lagi..dah tiada org nk peluk dia hari2, nk syg dia hari2, nk bersembang ngn dia hari2..nk masak2 untuk dia, nk bergurau senda ngn dia, nk teman dia tgok tv...semestinya mak lah org yg paling terasa dgn kehilangan ayah..1minggu aku di kg, hari2 aku tgok mak nangis sorg2..mak xnk tunjuk pd anak2..bila aku balik sebulan kemudian, aku nmpk lgi mak nangis sorg2 dlm bilik..kesiannya mak..mak, kami semua akan jaga mak mcm mana ayah jga mak, mcm mn ayah syg mak, mcm mn ayah bela mak..in syaa Allah..kami rindu ayah,kami syg sgt ayah..kami akan doakan ayah semampu yg boleh, in syaa Allah..semoga kita bertemu di sana nanti ya Ayah..
Ya Allah,
Ayah aku telah bersamaMu,
Kau ampunilah dosanya ya Allah,
Kau permudahkanlah urusan ayahku di sana nnti Ya Allah,
Jauhkan dia dari seksaan kuburMu Ya Allah,
Kau jauhkanlah dia dari azab api nerakaMu yang amat dasyat itu Ya Allah,
Kau tempatkanlah dia dalam golongan orang-orang yang beriman yakni para solehin,
Jgnlah Kau azab dia di atas segala dosa yang aku telah lakukan Ya Allah,
Sesungguhnya ayahku adalah ayah terbaik dan telah menjalankan tanggungjawab sebagai ayah dgn baik terhadap aku Ya Allah..
Ya Allah,
Kau berikanlah kekuatan, ketenangan jiwa, kemudahan kepada ibuku Ya Allah,
Jauhkan dia dari kesedihan kerana kehilangan suaminya Ya Allah...
Ameen Ya Rabbal 'Alamin
Al-fatihah untuk ayah tersayang